Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal di dunia. Mereka
mempunyai system organisasi sosial dimana masyarakat negara kota lebih teratur.
Masyarakat negara kota terbahagi kepada golongan pemerintah, rakyat bebas, dan hamba.
Sistem pemerintahan tamadun tersebut ialah berbentuk teokrasi dimana raja
dianggap sebagai tuhan dan pemilik kota.

Tamadun Mesopotamnia telah menyumbang dari beberapa segi aspek, antaranya
ialah Kod Undang-undang Hammurabi, digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabbi.
Ianya diapahat di tembok serta tiang besar agar rakyat dapat membaca. Permasalahan
di kalangan masyarakat pelbagai kaum telah dapat dielakkan kerana wujudnya
undang-undang ini.Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan memperkuatkan
sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Tulisan pepaku, tulisan baji atau kuneiform
merupakan antara sistem tulisan terawal yang diketahui dalam sejarah.Dengan kewujudan
sistem tulisan ini, ia telah membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan
untuk melahirkan jurutulis.  Ini adalah
untuk membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat
direkodkan.

Kerajaan ini berakhir dengan Chaldea yang
jatuh pada 539 SM. Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah
Mesopotamia dan membawanya kepada keruntuhan kerajaan Mesopotamia. Sikap tidak
menerima perubahan, dari segi teknologi ataupun perubahan dalam struktur
politik, ekonomi dan sosial menjadi punca kejatuhan sesebuah tamadun.Penjajahan
yang belaku di Mesopotamia antara punca kehancuran tamadun tersebut. Secara keseluruhannya, untuk
mendapatkan ilmu kita mestilah rajin membuat kajian.Sesebuah organisasi tidak
akan dapat bertahan selagi tiada kerjasama antara ahli organisasi tersebut.
Komunikasi antara dua pihak penting dalam mewujudkan persefahaman antara satu
sama lain.Kemajuan sesebuah tamadun dapat dicapai jika pemimpin memainkan
peranan dan tanggungjawab dengan sempurna.Teknologi juga sangat penting untuk
memajukan sesebuah tamadun.