Zon Maritim Asia Tenggara
adalah sebuah zon dimana kegiatan ilegal
seperti human trafficking dan
pembajakkan Maritim Malaysia baru-baru ini menunjukkan peningkatan yang
signifikan. Tidak dapat dimanipulasikan fakta bahawa globalisasi perekonomian
saat ini saling terkait, rumit dan sangat bergantung pada maritim perdagangan
di dalam mempertahankan pergerakan energi, bahan bakar dan barang galian.
Kebelakangan ini, Maritim Malaysia melalui pelbagai peristiwa seperti
pencerobohan, penyeludupan, pencemaran laut dan sebagainya. Pelbagai ancaman
yang datang tetapi pelbagai juga usaha yang dilakukan bagi mengekalkan keamanan
Malaysia.  Kegiatan lanun merupakan salah
satu ancaman yang dihadapi oleh Maritim Malaysia. Hal ini demikian kerana lanun
mempunyai senjata api yang canggih dan mengetahui laluan dengan tepat ke bilik
Navigasi. Sebagai contoh, peristiwa Mac 2011, sebuah kapal tunda Jepun di Selat
Melaka diserang oleh sekumpalan 25 orang lanun lengkap bersenjata. Ini boleh
mengancam keselamatan terhadap anak kapal di perairan Malaysia.

           

Selain
itu, Maritim Malaysia menghadapi ancaman serta cabaran apabila berlaku
pencemaran laut. Hal ini disebabkan oleh kegiatan manusia yang tidak
bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Pembuangan bahan sisa toksik dan
barangan seperti bekas makanan, botol dan plastik ke dalam sungai atau laut ini
menghalang proses Maritim Malaysia menjalankan aktiviti pengawalan di  lautan. 
Malahan, berlaku pencerobohan laut yang mengancam maritim Malaysia. Hal
ini disebabkan kewujudan lorong tikus yang menjadi penghubung kepada warga
asing untuk melakukan penyeludupan di sempadan Selat Melaka seperti mercun,
beras,haiwan ternakan, manusia, dan senjata api. Ia dibawa secara senbunyi
melalui sempadan untuk mengelak daripada ditangkap oleh pihak berkuasa.
Aktiviti pencerobohan ini mengundang berlakunya sindiket penyeludupan.

 

            Keselamatan maritim merangkumi hal
ehwal keselamatan pelayaran, pelaut, respon tumpahan minyak dan sistem trafik
perkapalan. Elemen-elemen ini penting bagi memastikan perairan Malaysia selamat
dan alam persekitaran marin tidak tercemar. 
Kebelakangan ini, serangan lanun ke atas
kapal-kapal sering berlaku. Walaupun Gabungan tindakan agensi seperti Agensi
Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut
Malaysia dan Unit Gempur Marin PDRM bertugas untuk memantau dan memberikan
perlindungan kepada kapal-kapal dagang, namun ancaman dan cabaran lanun tetap
berlaku. Sungguh pun ancaman laut di perairan Malaysia tidak sebanyak yang
berlaku di perairan Africa, namun kegiatan ini mampu menggangu perdagangan dan
mengancam nyawa. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi memastikan
perairan negara, iaitu di selat Melaka dan perairan Sabah serta Serawak bebas
dari ancaman lanun.

           

Malaysia
telah mengadakan persidangan serantau tentang masalah yang dihadapi oleh
Maritim Malaysia seperti pencerobohan, penyeludupan dan jenayah antara bangsa
dapat membuktikan komitmen bersepadu oleh negara-negara Asia Pasifik. Dengan
perkongsian maklumat, kepakaran dan undang-undang yang seragam. Perkara ini
memastikan wilayah Malaysia mendapat keamanan yang sejagat. Seterusnya,
penerapan mengenai pendidikan laut dalam pemikiran rakyat Malaysia.  Hal ini demikian kerana dengan adanya
pendidikan laut, masalah seperti pencemaran laut, pencerobohan, penyeludupan
dapat dikurangkan. Masyarakat yang pentingkan diri sendiri akan mula sedar
setelah ia memberi impak negatif jika mereka tidak mengambil perhatian perkara
sebegini. Penganjuran program mengenai alam sekitar dan membanteras jenayah
perlu dilakukan bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia.

 

            Kejasama dengan negara-negara jiran perlu dilakukan untuk
mengatasi ancaman lanun. Pihak ketenteraan negara Malaysia dan negara-negara jiran
seperti Singapura, Indonesia, Thailand, dan Filipina wajar bekerjasama dengan
memantau kawasan perairan dengan lebih kerap. Hal ini akan menyukarkan kegiatan
perlanunan di perairan negara Malaysia dan negara-negara jiran. Tindakan yang
bersepadu hasil kejasama yang erat antara Malaysia dengan negara-negara jiran
dapat memberikan hasil yang baik kerana masalah ancaman lanun tidak hanya
ditangani oleh sebuah negara tetapi dilakukan secara bersama-sama. Contohnya,
Forum Serantau ASEAN (ARF) diadakan untuk mengeratkan kerjasama dalam
membanteras masalah perlanunan.  Pihak
kerajaan harus memperkuat dan memperhebat penguatkuasaan maritim.  Hal ini dapat dilakukan dengan penglibatan
pelbagai agensi dalam melakukan rondaan serta bertindak dengan segera jika menerima
maklumat tentang ancaman lanun.  Gabungan
tindakan agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan
Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia dan Unit Gempur Marin PDRM berjaya
menumpaskan banyak kes rompakan yang berlaku di perairan Malaysia.  Dengan ini, usaha untuk menjadikan peratusan
sifar ancaman lanun akan mampu dicapai.

 

            Sistem perundangan di Malaysia dan negara-negara serantau
hendaklah dilaksanakan dengan tegas. Hukuman berat yang dikenakan terhadap
lanun-lanun yang didapati bersalah dapat menghalang aktiviti perlanunan ini
daripada terus berleluasa. Negara-negara jiran yang terlibat harus menunjukkan
kesungguhan dan mempamerkan kekuasaan serta kewibawaan mereka dalam menangani
masalah perlanunan. Di samping itu, system makhamah yang khas harus ditubuhkan
untuk mengendalikan kes-kes perlanunan. Kepantasan dalam menyelesaikan kes-kes
yang melibatkan pelanunan ini akan memberi gambaran bahawa ketegasan dan
kesungguhan sesebuah Negara dalam membanteras kegiatan pelanunan ini.  Tindakan yang paling efektif dalam usaha
menentang perlanuan adalah dengan mengenal pasti modus operandi mereka.
Gerak-geri dan kaedah mereka dalam menjalankan aktiviti perlanunan serta
kawasan yang menunjukkan aktiviti perlanunan yang tinggi harus dikaji dan
dipantau. Dapatan-dapatan kajian ini boleh dikumpul dan diselaraskan oleh
agensi-agensi yang terlibat atau dikongsi dengan negara-negara ASEAN. Dengan
maklumat yang teperinci tentang kegiatan perlanunan ini, pasukan penguatkuasan
mempunyai kelebihan untuk meramal dan menjangkan tindak-tanduk lanun. Langkah
proaktif ini sangat berkesan dalam memastikan perairan negara mencatatkan peratusan
sifar ancaman lanun.

           

Selain
itu, syarikat atau Negara pemilik kapal juga harus mengambil langkah proaktif,
iaitu dengan mengupah petugas keselamatan di atas kapal. Hal ini dapat
memastikan keselamatan anak-anak kapal sekiranya berlakunya cubaan merampas
kapal tersebut oleh lanun. Selain itu, pemilik kapal juga harus mengupah kapal
pengiring untuk memastikan keselamatan anak-anak kapalserta barang-barang yang
dibawa. Hal ini dapat mengurangkan risiko kerugiaan akibat rompakan selain
mengelakkan risiko kehilangan nyawa.  Aktiviti
perlanunan harus dibanteras secara menyeluruh kerana akan menjadikan perairan
antarabangsa berbahaya disamping menyebabkan perdagangan antarabangsa terjejas.
Pihak berkuasa wajar mengetatkan kawalan serta pemantauan bagi menghalang
kapal-kapal dagang daripada menjadi mangsa ancaman lanun. Selain itu, kerjasama
antara Negara juga berupaya melumpuhkan kegiatan ini daripada terus berleluasa.Bagi melaksanakan peranan ini, keupayaan pertahanan dan
operasi maritim perlu berada di tahap yang tinggi. Keupayaan ini perlu
dipertimbangkan dengan sewajarnya bagi memastikan Malaysia serta negara-negara
jirannya mempunyai keupayaan mempertahankan keselamatan serta mengukuhkan
hubungan ke dua hala antara negara-negara yang terlibat.  Keadaan dunia yang lebih ke arah globalisasi
akan menyedarkan kita semua akan kepentingan menjaga keselamatan maritim yang
dianggap kritikal kepada masa hadapan ekonomi negara. Keselamatan Maritim yang
didefinisikan secara amnya sebagai perlindungan atau pertahanan sesebuah negara
perlu diperluaskan. Selain dari menjaga keselamatan kawasan perairan dari apa
juga bentuk ancaman, sama ada tindakan ketenteraan mahupun aktiviti lanun,
keselamatan maritim perlu juga merangkumi keselamatan nyawa dan harta benda
yang menggunakan laluan laut. Sebagai contoh penyeludupan dadah yang
menggunakan laluan laut merupakan ancaman kepada keselamatan negara. Jika
dilihat dari perspektif keselamatan kebangsaan, keselamatan maritime boleh
diperkembangkan untuk merangkumi perlindungan kepada semua kepentingan di
perairan negara. Tidak keterlaluan dinyatakan juga bahawa globalisasi telah dan
akan sentiasa mengubah keadaan persekitaran keselamatan tidak kira di mana jua.            Selat Melaka merupakan diantara
laluan-laluan perairan dagangan yang memainkan peranan besar perdagangan dan
pertumbuhan ekonomi dirantau ini. Lokasi strategik laluan-laluan khasnya Selat
Melaka telah meletakkannya sebagai salah sebuah perairan yang penting dan
mempunyai nilai yang kritikal kepada negara-negara pesisir dan negara dagangan
antarabangsa.  Dari perspektif sejarah,
sejak dari zaman dahulu lagi beberapa buah empayar telah menegakkan pusat dan
wilayah pemerintahan mereka khasnya di sepanjang Selat Melaka yang pada satu
ketika dahulu lagi dikenali sebagai ‘laluan rempah’.  Kepentingan laluan ini sebagai laluan maritim
yang strategik telah menarik minat kuasa-kuasa besar Eropah untuk menguasai
laluan ini dan pelabuhan-pelabuhan di sepanjang perairannya.            Globalisasi serta dunia tanpa
persempadanan meletakkan kepentingan laluan laut Negara semakin kritikal dalam
memberikan laluan kepada dagangan yang diangkut melalui laluan ini. Sebarang
halangan kepada laluan komunikasi ini bakal mengundang kesan negatif bukan
sahaja kepada Malaysia tetapi juga kepada negara-negara lain yang mempunyai
berkepentingan yang menggunakan laluan yang sama. Sebagai contoh, sejak
kebelakangan ini, ancaman terhadap kapal-kapal yang belayar di perairan negara
khasnya di Selat Melaka semakin meningkat khasnya ancaman-ancaman lanun yang
bermaharajalela dan menuntut perhatian antarabangsa terhadap isu keselamatan di
perairan tersebut.  Mengikut Pertubuhan
Maritim Sedunia atau International Maritime Organisation (IMO) keluasan Selat
Melaka merangkumi pantai barat Malaysia dan Thailand di barat laut dan di
pesisiran Sumatera di Tenggara. Jarak selat ini dianggarkan sepanjang 520 batu
dan mempunyai dimensi kelebaran di antara 11 batu di titik paling selatan dan
200 batu di titik paling utara. Keluasan selat ini sahaja (tidak termasuk Laut
China Selatan) memperlihatkan betapa sukarnya untuk sesebuah negara itu
mengawasi laluan atau sempadan perairannya.            Perairan negara menjadi nadi yang
menghubungkan dagangan antarabangsa dan menyediakan jalinan rangkaian dagangan
kritikal antara pengimport dan pengeksport. Sebagai sebuah Negara pesisir
kepentingan laluan laut merangkumi lebih dari sekadar menjadi laluan dagangan
sahaja. Ia menawarkan laluan pintas yang memendekkan pelayaran dagangan antara
Timur dan Barat. Disebabkan kelebihan strategic inilah Selat Melaka menjadi
laluan utama kepada kapal-kapal dagangan antara Lautan Hindi dan Lautan
Pasifik. Sebagai sebuah negara yang ekonominya bergantung kepada dagangan
antarabangsa, lebih kurang 90 peratus dari jumlah dagangan tersebut
dilaksanakan melalui laluan laut.  Jika
dilihat dari perspektif perdagangan antarabangsa, kepentingan Selat Melaka
terserlah dengan melihat fungsinya sebagai laluan utama pengangkutan minyak
dari Timur Tengah ke Asia Timur, terutamanya kepada dua kuasa ekonomi terulung
rantau ini iaitu China dan Jepun, di mana adalah dianggarkan sebanyak 11 juta
tong minyak dieksport ke Asia Timur dari Timur Tengah setiap hari. Ia juga
memperlihatkan betapa pentingnya keselamatan laluan perairan dikekalkan.
Sebarang gangguan atau halangan terhadap laluan komunikasi sumber minyak ke
rantau Asia Timur akan menghasilkan impak yang negatif ke atas ekonomi negara
dan ekonomi global secara keseluruhannya. Oleh itu, keselamatan di kedua-dua
laluan merupakan satu isu strategik yang sangat kritikal bukan sahaja kepada
negara tetapi juga negara-negara dagangan utama dunia.            Sebarang bentuk ancaman ke atas
keselamatan perairan Negara perlu ditangani secara berterusan. Peristiwa
serangan lanun ke atas kapal-kapal dagangan dan perikanan dewasa ini kian
meningkat dan kemungkinan kapal-kapal yang melalui perairan negara akan menjadi
sasaran serangan pengganas tidak dapat dinafikan dan tidak boleh diambil
ringan. Sebagai negara yang bergantung kepada laluan laut sebagai jalan
penghubung kepada pembangunan ekonomi dan kepentingan strategik, negara perlu
member tumpuan terhadap isu keselamatan maritim di perairan negara. Semenjak
Peristiwa 11 Sep di Amerika Syarikat, para penganalisa keselamatan maritim
berpendapat bahawa pengganas-pengganas mempunyai keupayaan dan boleh
menggunakan perairan negara sebagai tapak melancarkan operasi mereka. Jika ini
berlaku, ia boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada kepentingan serantau dan
global. Kita perlu akur dengan kebimbangan ini dan meningkatkan usaha dan
bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menguruskan laluan
perairan negara. Dalam usaha memperbaiki tahap keselamatan perairan
negara, kerjasama tiga hala di antara Malaysia, Singapura dan Indonesia yang
melibatkan pengawasan berkordinasi tentera laut ketiga-tiga negara adalah
perlu. Selain dari terlibat di dalam inisiatif di atas, negara juga bergiat
aktif dalam beberapa bentuk kerjasama yang lain bagi menguruskan perairan
negara khasnya Selat Melaka.            Selat
Melaka bukan sahaja merupakan laluan terusan air yang kritikal
kepada ekonomi negara pesisir dan rantau ASEAN, tetapi juga penting
sebagai laluan dagangan global. Sebarang ancaman ke atas keselamatan laluan
seperti keganasan maritim, aktiviti lanun serta penyeludupan dadah dan senjata
bukan hanya akan mendatangkan kebimbangan terutamanya kepada negaranegara di
sekitarnya atau komuniti antarabangsa tetapi juga agenda keselamatan negara.
Sebarang insiden yang mengganggu gugat ketenteraman laluan ini bukan sahaja
menjadi isu tempatan, tetapi menjadi permasalahan sejagat.  Ancaman serangan lanun di Selat Melaka perlu
ditetik beratkan di dalam menjamin kedaulatan maritim selat ini. Oleh itu, kita
haruslah bersiap dengan menempatkan pasukan-pasukan keselamatan di sepanjang
persisiran pantai Malaysia Barat dan Malaysia Timur, termasuk rondaan aggresif
oleh pihak TLDM bagi membendung ancaman ini. Inisiatif yang sama perlu dirangka
untuk mengadakan kawalan bersama yang tetap di perairan yang
terlibat untuk memelihara dari serangan lanun. Walaupun agak mustahil bagi
kesemua negara-negara pesisir untuk menghentikan sama sekali serangan lanun
disebabkan keluasan perairan itu sendiri, adalah menjadi tanggungjawab
negara-negara tersebut untuk menjamin keselamatan laluan perairan itu dan
kerjasama yang berterusan di antara pasukan keselamatan dan agensi-agensi
maritim negara-negara pesisir harus dipertingkatkan bagi menjamin keselamatan
pelayaran dan membenteras ancaman lanun.            Penyeludupan melalui Selat Melaka
perlu dititik beratkan kerana dari segi ekonomi sebagai contoh, penyeludupan
barangan menyebabkan kehilangan pendapatan melalui kutipan cukai eksais kepada
negara. Selain dari itu, aktiviti perikanan haram oleh nelayan asing dalam
perairan negara boleh merugikan negara, selain dari memberikan kesan negatif
kepada sektor perikanan dan mengancam mata pencarian nelayan tempatan.  Isu pencemaran alam sekitar di kawasan
perairan perlu juga diperbincangkan. Kita berhak merasa bimbang terhadap
kemungkinan berlakunya sebarang peristiwa yang tidak diingini dan kesan yang
bakal timbul ke atas persekitaran perairan kita, sebagai contoh, tumpahan kargo
atau minyak boleh mencemarkan kawasan penangkapan ikan serta pulau-pulau dan
pantai-pantai peranginan. Pencemaran dalam apa bentuk sekalipun boleh
mendatangkan impak yang buruk ke atas ekologi persisiran member kesan buruk
kepada kegiatan ekonomi maritim seperti perikanan dan pelancongan.           

Kepentingan perairan Negara dari sudut
ekonomi dan strategik adalah tidak ternilai. Sebarang ancaman ke atas perairan
yang kritikal ini akan hanya mengundang kesan buruk kepada kepentingan ekonomi,
keselamatan dan persekitaran negara. Mengekalkan prinsip kebebasan pelayaran di
perairan ini merupakan satu cabaran yang amat kritikal kepada kita. Sebarang
gangguan yang diakibatkan oleh konflik serantau atau yang mengancam pelayaran
bebas melalui perairan ini akan hanya membawa kesan negative kepada negara dan
ekonomi serantau dan global keseluruhannya. Langkah-langkah pencegahan perlu
diambil bagi mengelakkan tercetusnya ancaman ke atas keselamatan laluan-laluan
negara dan bagi menjamin kedaulatan Selat Melaka. Walau apa juga pun, yang amat
jelas adalah sebarang kelalaian dalam memantau keselamatan perairan Negara boleh
membawa implikasi yang sangat buruk kepada kepentingan ekonomi dan strategik
Malaysia.